mudah di dengar sukar nak di buat
orang suka ambil mudah soal jaga hati oranng lain
kadang-kadang terlalu menjaga hati orang lain kita sanggup menyakitkan hati diri sendiri
tapi orang pernah ke paham apa yang ada dalam hati kita?
orang pernah ke tanya ap kita rasa,mungkin ya..tapi hanya sekadar bertanya tanpa ambil tahu apa yang kita rasa
Kawan
hati itu untuk sama-sama di jaga,sama-sama di pelihara dan sama-sama di ambil tahu keadaan nya
bukan sekadar setelah kau sakiti kau hulur kata maaf yang tak ada makna penyesalan
maaf kalau hanya sekadar kata-kata si burung tiung pun pandai berkata..
hati itu amat besar nilai nya
hati itu adlah daging kepada kebaikan dan keburukan manusia
hati itu ibarat nadi yang menghidupkan siapa akhirnya kita di mata manusia.
hati itulah pencorak kita akan jadi insan atau syaitan
.........
jaga hati itu kawan
sebelum sabar jadi marah
sebelum senyum jadi cuka
sebelum kawan bertukar lawan
Memang kita manusia yang di lahirkan dengan rasa yang kaya
rasa yang punya pelbagai warna
kita yang membawanya rasa itu kemana-mana
namun rasa itu dikawal oleh sekeping hati
kawal lah rasa ssebelum bertukar amarah
Kita memang lahir dengan diduga dengan pelbagai masalah
pelbagai cabaran
pelbagai tekanan dan dugaan.
Hati lah kawan.....
yang membawa kita untuk berjihad berhadapan dengan semua itu...
bawa "hati-hati" HATI mu kawan...
agar tidak tumpah begitu sahaja emosi nya
agar tidak kurang kasih dan sayang nya
agar tidak lekang rasa kemanusiannya.
Dalam Kau membawa hati mu itu mengharung peritnya tekanan
harus kau ingat ada juga hati-hati lain yang perlu kau jaga
JANGAN KAU BAWA EMOSI BERSAMA HATI MU..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan