Sabtu, 13 Julai 2013

membingkis kenangan d Kampung Tambirat...

Since I like to travel and do something crazy. Here I would like to bring something special about one place. Not too far from Kuching City..this is the journey to Asajaya…what so special about this place? Continue your reading…. ..
What bring me here..
Assalamualaikum sahabat….! Ok…kat entry nih Aleaya nak berkongsi satu pengalaman.Oleh sebab leaya memang suka “menyukat jalan” so nak di ceritakan leaya pernah pergi satu daerah di kawasan Kuching.Tapi kawasan ini lebih ke bahagian Samarahan.Dari Samarahan pulak masuk ke kawasan Asajaya  dan masuk lagi ke sebuah perkampungan bernama Tambirat..Jauh kan…?tau xpe…senget bontot duduk lam keta heheh….

What bring me here?
hebat tak pea ambe..
           Pengembaraan ke kawasan ini sebenarnya tidak terancang untuk tujuan suka-suka.Its more to lengkapkan my project di salah satu sekolah di kawasan perkampungan nelayan ni…hah…dengar tu.."Perkampungan Nelayan”…keseronokan telah bermula hehheheh…pada masa tu Leaya mengetuai satu pertubuhan  from my university untuk melaksanakan project dengan sekolah..nih kira BoBoboi lah nih heheh…Tugas ini secara tidak langsung membuatkan Leaya dengan team masa tu sering menjengah perkampungan ini.Kalau tak salah empat kali Leaya masuk perkampungan ini untuk urusan tersebut…(xdak niat lain  tau hahha)..Namun kunjungan keempat tu la yang secara tak di rancang menyebabkan Leaya dan kengkawan yang gatal kaki berjalan menjelajah Pekan Asajaya khususnya perkampungan Tambirat nih..(Pelik sikit namanya,but don’t ask me why nama dia gitu..)

nih feri...gambo aku ambik dr blog ohe (pasal aku mabuk da naik feri..x buleh kapsyen bayak sangat..hehehlebih kurang gini ler feri aku pakai masa tuh...
              Ok.. untuk sampai ke kawasan ini tak lah terlalu jauh or susah.But, untuk manusia yang tak pernah lagi jengah macam Leaya mesti masa pergi tuh kemain lagi jauh rasanya.Kami bertolak untuk program tu awal jugak la..dalam pukul 7.30 pagi dari Bandar Kuching.Perjalanan ke sana melalui jalan darat (tanpa menggunakan feri) adala dalam 1 hour..termasuk kesesakan jalan yang tak hengaat..tapi people can choose to use feri yang memendekkan tempoh perjalanan kira-kira 30 minit la.Sebenarnya,kalau turun dari Bandar Kuching tak la lama sangat .tapi kesesakan jalanraya terutama bila anda melalui kawasan Simpang Tiga dan kawasan untuk masuk ke Samarahan itu yang membuatkan perjalanan anda agak lambat.Jalan alternative pun sama ja sesaknya dengan jalan utama.Jadi,sabar je lah ye.



sabar! hehhehe...
            Nak cerita pasal pemandangan sepanjang perjalanan tu,tak da sangat lagi kalau belum masuk ke kawasan Asajaya.Hanya bangunan,dan hutan serta kesesakan jalan raya yang bakal jadi sajian mata.Kawasan Samarahan ini merupakan kawasan yang pesat membangun.Terdapat beberapa mercu utama kawasan ini terutamanya pusat pendidikan seperti university tempatan.No Wonder la kalau sentiasa sesak.

kiri kanan kampung macam nih la suasananya...jual hasil bumi


              Cerita pasal Kampung Tambirat pula majority masyarakatnya merupakan melayu Sarawak dengan dialek tersendiri…part dialek ni Leaya tak buleh nak komen lebih pasal nanti sia2 jer kena marah pasal bila dengan one of my team tu orang kampong nih..so dia punya dialek Sarawak untuk daerah ni agak unik sedikit heeheh…jadi ..when my friend ni start talking Leaya mula la keras perut nak tahan ketawa…Mostly ending of their word is with huruf ‘E’ .Makluman k,walaupun Leaya orang Sarawak jangan ingat orang Sarawak semua cakap bahasa Sarawak.Leaya cakap Sarawak pun dengan kawan-kawan yang berbahasa Sarawak.Then,di rumah we use own own mothertouge punya language.Kiranya bila merantau ke Kuching ni la boleh kira everyday speak Sarawak.Sebab kebanyakan semua bertutur dalam bahasa tersebut.No wonderlah bila sampai ke perkampungan nih Leaya agak kelam otak sikit  bila mereka bertutur dengan dialek yang leaya tak biasa dengar pun.Leaya nih bila dengar something yang pelik mula la nak ketawa..kikiki..sampaikan satu kejadian bila berkomunikasi dengan seorang pelajar di sekolah berkenaan…selalunya ada la kawan leaya yang tolong backupkan.tapi kali nih betul2 dah tak bley tolong dah hahaha…Entah apa yang di tanya kan oleh pelajar tersebut dari luar tingkap,rasanya sampi 10 kali leaya suruh dia ulang menggunakan bahasa Sarawak biasa dan akhirnya leaya suruh guna bahasa Malaysia je.Pun leaya tak boleh tangkap.Pasal pa tak buleh tangkap BM dia pun pekat dalam dia punya dialek...sampai budak tu fed up..sampai la dia cakap..

            ‘Cikgu urang seniy cikgu..nakpe cikgu x paham pe te saye..”…alahai budak..mane aku reti kalu ko becakap pekat gitu..hahha..kawan dia pulak cakap “Sikde cikgu tauk npa te kau ya..”..maafkan cikgu budak budak…kikiki…


             Ok..kampung nih dah di bahagikan ke kawasan2 perkampungan lain.oleh kerana kawasan dia agak besar so ada beberapa kampong lain la di kawasan tu.Tapi boleh di kelaskan sebagai kawasan kampung nelayan kerana berlatarbelakangkan laut..angin dari laut tu yang buta tak buleh tahan mata tuh…hehhe..abis jer program kat sekolah one of my friend decide untuk pergi somewhere..actually anywhere haha..So kawan leaya yang memang ank jati kampong tu pun dengan otak bingai dia pergi bawak kami to satu kawasan yang Leaya sendiri tak espect…ngeeeee…..besttttnyer tempat tuh….

                Mula-mula inagt dia p bawak tepi pantai p tinguk sunset jer kot…sekali da dia bawak masuk satu kawasan macam jalan hutan jer..Leaya dengan satu lagi member kerut kerut dahi dah..manalah budak nih nak bawak..seram jugak leaya..hutan kot..sunyi pulak tu..kawasan macam tak masuk orang pun.Makin dalam masuk makin sunyi and makin semak..aihhhh…biar betul budak nih…Dia yang drive dok cakap sabar…sabar…nanti ang tengok sendiri kawasan dia..tak lama pas tuh ada pulak bunyi air…air terjun ker..?dalam hati aku cakap tak mungkin pasal tengok landskap bumi dia landai dan tanah pulak pasir.Pengetahuan sains  geo aku tak ler cetek sangat…sekali dah sampai…...MassssssyaALLAH!Subhanaulah….leaya terpaku sekejap..rupa2nya jalan yang leaya ingat hutan tadi tu rupanya laluan macam cliff la kiranya…di depan mata kami terbentang lautan membiru..ada pulak tumbuhan ru dan bakau yang menjajar jadi benteng…sekali lagi leaya buat soalan bodoh dengan kawan leaya ni..
‘nih pantai ke macamne nih..kalau pantai mesti ada pasir halus2.tapi nih macam tanah tak jugak pasir tak jugak…dan ombak takdak men hempas2 pantai..aair dia pasang terus…kompius2.." So nih kot delta..yer ker....Lantak lah..

nih air dah pasang...kat siru la kita orang cari ambal..hahah..
best..hilang penat
           



               Hah!...keseronokan telah bermula.Kami turun jer dari kereta ....poooooooopppp!!!..angin bayu menyapa muka ..batu batu yang tersusun kat  tepi tepi tebingan pun menarik...tetiba rindu ngan kampung sendiri pulak...(sabar..kampung orang nih) hahaha...Kawan leaya pulak sengih sengih ..banggalah tu..orang puji tempat dia haha.tapi memang awesome la.Bayangkan kami penat 3 pat jari ulang alik Kuching Semarahan untuk  menjayakan program then we spend an evening untuk aktiviti yang tak di rancang ni di tempat yang sangat awesome...hilang kejap penat.





                Ingat sampai situ je la tadi kan,rupe2 nya dalam hamparan pasir delta tu tersembunyi sesuatu yang aku sangat suka..we call it Ambal.summm.... la...sepanjang umur tak pernah pun tahu benda tu kat situ and cara nak dapatkannya.Patut la kawan leaya sorang tuh cepat jer dia turun then capai pe tah cam kayu and sedikit  ithink kapur sireh kot yang pencari pencari ambal tinggalkan.Dia p la cucuk cucuk tanah.Yang kami dua member lagi ikut gak cam vengong..hahaha..tak tahu ape benda yang dia dok buat...rupa rupanya dia p cari menatang ambal tu tadi la.....hahaha..Nak cari benda lah nih kena ada skill gak la.bukan main cucuk jer macam yang leaya buat hhahaha...kawan leaya cakap lubangnya macam bentuk number 8..tah pe bentuk pun leaya tak tahu men cucuk je la..tapi sebelum cucuk tu kena la taruk kapur sireh tu sikit kat hujug kayu.kayu tu pulak kena lah yang runcing sikit...kapir untuk pesihkan mata ambal then dia akan keluar la dari pasir tu heheh...Tapi,feel jugak carik menda nih..cuma sakit belakang la..pasal kena membongkok...ada pantang larang yang kena kita jaga jugak..contohnya jangan asyik mengekek macam leaya hahahah...
bih ler jer yang kami dapat...hahha..ambal and siput tuh kawan aku kutip..
          At lasst,perjalanan itu pasti akanmembawa pengalaman...tapi secara peribadi leaya sangat suka tempat ini kerana keindahan alam dan pengalaman dengan budak budak sekolah tu memang melekat kat jiwa lah..dan haku hutang ang reno..ambal aku mana??....TERBAIK!!

#......................okeeeeeeeeeeessss...ni antara yang sempat aku kapsyen....banyak  picture need to be edit pasal ambik guna camcoder hahaha
cantik wei....

aleaya and frend nuel...

shoot dari bawah...edit jugak pasal pic sangat2 blur..bila edit cam komik gak hehhe


hoyeeehh...edit gak...dan kempiskan ape yang patut wakakaka
betul-betul dia posing kan hehehe...




hah! ni dia kawan aku reno...sory aku dah edit kakakkaka... 

Tiada ulasan: