Assalamualaikum...
Allah menjanjikan kebahagian untuk semua umatNya.Malah Allah telah menyediakan jalan yang terbaik untuk umatNya.Pilihlah..pilihlah..Saat mnjadi ibu bagai rahmat yang tidak terkata.Mulakan ,jalani dan teruskan ia dengan jalan yang Allah saranankan...kerana tak semua mungkin boleh menjadi ibu...Pilihlah..pilihlah..
![]() |
sewaktu kecil kita guna lima jari untuk teguh menggenggam satu jari,namun bila dewasa satu jari itu perlu lembut untuk mengusap lima jemari... |
Indahnya kehadiran Manusia..
![]() |
PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN |
- PERINGKAT SATU
NUTFAH : iaitu
peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air
mani
Maksud firman Allah :
"
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya
dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan
melihat "
surah al-Insan : 2
Menurut Ibn
Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit
yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya.
Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti
percampuran. Berasaskan
kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami
(Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan. Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan
, tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada
nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah
perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
- PERINGKAT KEDUA
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung
minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah
disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami
mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud :
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14
Kebanyakan
ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat
berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni
yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :sesuatu yang bergantung atau melekat pacat atau lintahsuatu buku atau ketulan darah.Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga
minggu ketiga didalam alam rahim.
- PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu
keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu
surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul
daging"
al-Mukminun : 14
Diperingkat ini
sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang
lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di
dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula
mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih
banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.
Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
- PERINGKAT KEEMPAT
IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima,
keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului
pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan
membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da
kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14
Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang
kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang
belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran
pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu
juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing
dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula
tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu
kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.Janin pada usia 12
minggu
- PERINGKAT KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang
minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini
bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga,
semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula
tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan
baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota
yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.Janin mendapat makanan melalui uri
- PERINGKAT KE ENAM
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak
Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang?
Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh
hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai
kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam
rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata
tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian
sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172.
Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan
martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t.
![]() |
umpama kain putih.. |
"Siapa dan bagaimana pun kehadiran kita ke dunia Allah pinjamkan ini tidak penting.Tapi Amanah dan suruhan yang telah terpatri semenjak nyawa di hembuskan ke tubuh itu lebih utama.Sah atau tidak taraf kita di dunia sudah menjadi takdir yang tak mungkin kita mampu atur sendiri jika bukan dengan kehendak ilahi.Jangan bongkak menunding jari mencari salah antara silap diri.Jangan pula menjadikan kesilapan lalu sebagai titik penamat dalam usaha perbaiki diri.Tidak ada manusia selain Kekasih Allah yang tidak punya masa silam yang kelam dan salah yang timbul tenggelam.Dan,jangan sesekali kau halalkan kesalahan itu kerana ia akan kekal menjadi kesalahan selagi tidak kau ubat dengan taubat.Melangkahlah kedepan dengan jalan yang Allah ciptakan dengan cukup indah.Jangan di toreh luka dan kenangan yang lama.Tersalut lumpur hidup tak bererti kau perlu melekat dengan baunya sekali.Kerana sejuknya wudhuk yang mengalir sudah cukup untuk meraih redha Allah….Allahu…Allahu…sesungguhnya pengalaman itu pengajaran"
siapa pun mereka..mereka tidak berdosa..yang terpalit lumpur hidup adalah kita,jangan baunya melekat juga pada dia..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan