Ahad, 28 Julai 2013

Hati sedih mengenangkan...


Hati Hiba Mengenangkan
Dosa Dosa Yang Ku Lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima Taubat Hamba Berdosa
Ku Akui Kelemahan Diri
Ku Insafi Kekurangan Ini
Ke Kesali Kejahilan Ini
Terimalah... Taubatku Ini
Telah Aku Merasakan Derita Jiwa Dan Perasaan
Telah Hilang Dari Jalan Menuju Redha Mu Ya Tuhan
Di Hamparan Ini Ku Meminta
Moga Taubat Ku Diterima

sentap kan lirik lagu nih...belum lagi dengar melodinya..
kenapa aku menulis dengan lirik lagu?
entah...apabila sepasang anak mata aku tertancap pada skrin facebook seorang hamba Allah..membuak buak rasa marah,membuak buak rasa geram membuak buak rasa sakit..
kerana entry nya tidak selari dengan lakunya,profil picture nya tidak senada dengan gaya nya...!
lalu pantas jemari kecil aku menaip kecundang hati di papan facebook...lemahnya aku kerana menegur sebegitu.tapi kebaikannya aku lihat lebih banyak dari aku membidas terang terangan.kerana aku khuatir aku jatuh menghina hamba ini...ku cuba positifkan gelung akal yang mula mencanai idea neraka..

Imam Syafie berkata:Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berILMU,namun aku pasti akan kalah dengan seorang yang Jahil kerana orang Jahil tidak pernah faham landasan ilmu..
Amal berpesan:tuntutkan ilmu sehebat mungkin sebelum kau amalkan ilmu itu,jangan kau amalkan sebelum kau tuntut ilmu itu.khuatir andai amalan mu itu memalukan agama.ilmu bukan kebanggaan namun tuntutan dan bekalan..


satu suara dari jiwa ku menjerit..
"Biarkan dia..angka usianya masih mentah..masih berbaur daging nan memerah!"
suara itu terus di pangkah oleh akal,memekik dengan lebih dasyat dari suara jiwa...

"Maka aku tahu angka usianya masih belum ranum di mamah dunia maka aku perlu menjaganya demi masa depannya dan agamaku,kerana aku tidak mahu usia itu membusuk menjadi daging berulat!"

kenapa hati ku tersentak begitu hebat sehingga meretak kemana-mana...
hanya kerana dia mempersenda hijab!
benar..berniqab itu indah,berniqab itu melangkah pada sempurna dan berniqab itu tuntutan Nya..
tapi sebelum kau seliputi wajahmu dengan niqab lambang keagungan muslimah itu AKU MOHON...jangan kau lepaskan hijab yang melindungi mahkotamu.....Jangan...Jangan...Jangan!..
andai itu sudah dapat kau jalani dengan redha maka aku redha kau lindungi dirimu dengan NiQAB.
Pesanku pada usia mentah itu,jagalah akhlakmu dengan orang tua,tengakkan solatmu tanpa paksa,jagalah hati dan mulutmu agar tidak membawa celaka!
Benar aku bukan Aisyah,bukan juga Fatimah apalagi Rabiatul Adawiyah..
tapi cukuplah aku sebagai kamaliah,bergerak berlahan membawa dakwah,bertatih belajar mengkhalifah diri agar aku boleh menjadi bunga muslimah yang menebar bauannya dalam agamaku..
Maafkan aku kerana membentak tanpa rasa,kerana aku tidak mahu jadi sang Penggadai Agama..

Tiada ulasan: