Ahad, 28 Julai 2013

Hati sedih mengenangkan...


Hati Hiba Mengenangkan
Dosa Dosa Yang Ku Lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima Taubat Hamba Berdosa
Ku Akui Kelemahan Diri
Ku Insafi Kekurangan Ini
Ke Kesali Kejahilan Ini
Terimalah... Taubatku Ini
Telah Aku Merasakan Derita Jiwa Dan Perasaan
Telah Hilang Dari Jalan Menuju Redha Mu Ya Tuhan
Di Hamparan Ini Ku Meminta
Moga Taubat Ku Diterima

sentap kan lirik lagu nih...belum lagi dengar melodinya..
kenapa aku menulis dengan lirik lagu?
entah...apabila sepasang anak mata aku tertancap pada skrin facebook seorang hamba Allah..membuak buak rasa marah,membuak buak rasa geram membuak buak rasa sakit..
kerana entry nya tidak selari dengan lakunya,profil picture nya tidak senada dengan gaya nya...!
lalu pantas jemari kecil aku menaip kecundang hati di papan facebook...lemahnya aku kerana menegur sebegitu.tapi kebaikannya aku lihat lebih banyak dari aku membidas terang terangan.kerana aku khuatir aku jatuh menghina hamba ini...ku cuba positifkan gelung akal yang mula mencanai idea neraka..

Imam Syafie berkata:Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berILMU,namun aku pasti akan kalah dengan seorang yang Jahil kerana orang Jahil tidak pernah faham landasan ilmu..
Amal berpesan:tuntutkan ilmu sehebat mungkin sebelum kau amalkan ilmu itu,jangan kau amalkan sebelum kau tuntut ilmu itu.khuatir andai amalan mu itu memalukan agama.ilmu bukan kebanggaan namun tuntutan dan bekalan..


satu suara dari jiwa ku menjerit..
"Biarkan dia..angka usianya masih mentah..masih berbaur daging nan memerah!"
suara itu terus di pangkah oleh akal,memekik dengan lebih dasyat dari suara jiwa...

"Maka aku tahu angka usianya masih belum ranum di mamah dunia maka aku perlu menjaganya demi masa depannya dan agamaku,kerana aku tidak mahu usia itu membusuk menjadi daging berulat!"

kenapa hati ku tersentak begitu hebat sehingga meretak kemana-mana...
hanya kerana dia mempersenda hijab!
benar..berniqab itu indah,berniqab itu melangkah pada sempurna dan berniqab itu tuntutan Nya..
tapi sebelum kau seliputi wajahmu dengan niqab lambang keagungan muslimah itu AKU MOHON...jangan kau lepaskan hijab yang melindungi mahkotamu.....Jangan...Jangan...Jangan!..
andai itu sudah dapat kau jalani dengan redha maka aku redha kau lindungi dirimu dengan NiQAB.
Pesanku pada usia mentah itu,jagalah akhlakmu dengan orang tua,tengakkan solatmu tanpa paksa,jagalah hati dan mulutmu agar tidak membawa celaka!
Benar aku bukan Aisyah,bukan juga Fatimah apalagi Rabiatul Adawiyah..
tapi cukuplah aku sebagai kamaliah,bergerak berlahan membawa dakwah,bertatih belajar mengkhalifah diri agar aku boleh menjadi bunga muslimah yang menebar bauannya dalam agamaku..
Maafkan aku kerana membentak tanpa rasa,kerana aku tidak mahu jadi sang Penggadai Agama..

Jumaat, 26 Julai 2013

Imarah Ramadhan..

Assalamualaikum..
akcely..leaya nak tulis menda pun kurang gak minda nih mencerna.tapi since we are di bulan ramadhan nih takkan leaya nak story pasal tayar basikal pulak kan.macam enrty orang lain gak leaya akan story pasal ramadhan.Tapi takdaklah sampai tahap tazkirah atau kuliah subuh bagai heheh...just want to say selamat mengimarahkan ramadhan....ok..tu jer...pasai raya lambat lagi...puasa baru sekerat...ok!
untuk waktu dan ketika ini ada sedikit perubahan dalam minat dan jadual idup.tak banyak pun..nak tau ape...nih....

  1. bulan nih aku kerap terbabas sampai menongkat matahari...agagaga...x tau ar nape....
  2. my photog makin move on hehhe...taknak citer lebih..
  3. pokai
  4. aktiviti banyak di kurangkan mungkin puasa jugak kot..
  5. banyak pengalam tentang kanak2...
ok...nanti rajin update lagi keh heheh...

Sabtu, 13 Julai 2013

membingkis kenangan d Kampung Tambirat...

Since I like to travel and do something crazy. Here I would like to bring something special about one place. Not too far from Kuching City..this is the journey to Asajaya…what so special about this place? Continue your reading…. ..
What bring me here..
Assalamualaikum sahabat….! Ok…kat entry nih Aleaya nak berkongsi satu pengalaman.Oleh sebab leaya memang suka “menyukat jalan” so nak di ceritakan leaya pernah pergi satu daerah di kawasan Kuching.Tapi kawasan ini lebih ke bahagian Samarahan.Dari Samarahan pulak masuk ke kawasan Asajaya  dan masuk lagi ke sebuah perkampungan bernama Tambirat..Jauh kan…?tau xpe…senget bontot duduk lam keta heheh….

What bring me here?
hebat tak pea ambe..
           Pengembaraan ke kawasan ini sebenarnya tidak terancang untuk tujuan suka-suka.Its more to lengkapkan my project di salah satu sekolah di kawasan perkampungan nelayan ni…hah…dengar tu.."Perkampungan Nelayan”…keseronokan telah bermula hehheheh…pada masa tu Leaya mengetuai satu pertubuhan  from my university untuk melaksanakan project dengan sekolah..nih kira BoBoboi lah nih heheh…Tugas ini secara tidak langsung membuatkan Leaya dengan team masa tu sering menjengah perkampungan ini.Kalau tak salah empat kali Leaya masuk perkampungan ini untuk urusan tersebut…(xdak niat lain  tau hahha)..Namun kunjungan keempat tu la yang secara tak di rancang menyebabkan Leaya dan kengkawan yang gatal kaki berjalan menjelajah Pekan Asajaya khususnya perkampungan Tambirat nih..(Pelik sikit namanya,but don’t ask me why nama dia gitu..)

nih feri...gambo aku ambik dr blog ohe (pasal aku mabuk da naik feri..x buleh kapsyen bayak sangat..hehehlebih kurang gini ler feri aku pakai masa tuh...
              Ok.. untuk sampai ke kawasan ini tak lah terlalu jauh or susah.But, untuk manusia yang tak pernah lagi jengah macam Leaya mesti masa pergi tuh kemain lagi jauh rasanya.Kami bertolak untuk program tu awal jugak la..dalam pukul 7.30 pagi dari Bandar Kuching.Perjalanan ke sana melalui jalan darat (tanpa menggunakan feri) adala dalam 1 hour..termasuk kesesakan jalan yang tak hengaat..tapi people can choose to use feri yang memendekkan tempoh perjalanan kira-kira 30 minit la.Sebenarnya,kalau turun dari Bandar Kuching tak la lama sangat .tapi kesesakan jalanraya terutama bila anda melalui kawasan Simpang Tiga dan kawasan untuk masuk ke Samarahan itu yang membuatkan perjalanan anda agak lambat.Jalan alternative pun sama ja sesaknya dengan jalan utama.Jadi,sabar je lah ye.



sabar! hehhehe...
            Nak cerita pasal pemandangan sepanjang perjalanan tu,tak da sangat lagi kalau belum masuk ke kawasan Asajaya.Hanya bangunan,dan hutan serta kesesakan jalan raya yang bakal jadi sajian mata.Kawasan Samarahan ini merupakan kawasan yang pesat membangun.Terdapat beberapa mercu utama kawasan ini terutamanya pusat pendidikan seperti university tempatan.No Wonder la kalau sentiasa sesak.

kiri kanan kampung macam nih la suasananya...jual hasil bumi


              Cerita pasal Kampung Tambirat pula majority masyarakatnya merupakan melayu Sarawak dengan dialek tersendiri…part dialek ni Leaya tak buleh nak komen lebih pasal nanti sia2 jer kena marah pasal bila dengan one of my team tu orang kampong nih..so dia punya dialek Sarawak untuk daerah ni agak unik sedikit heeheh…jadi ..when my friend ni start talking Leaya mula la keras perut nak tahan ketawa…Mostly ending of their word is with huruf ‘E’ .Makluman k,walaupun Leaya orang Sarawak jangan ingat orang Sarawak semua cakap bahasa Sarawak.Leaya cakap Sarawak pun dengan kawan-kawan yang berbahasa Sarawak.Then,di rumah we use own own mothertouge punya language.Kiranya bila merantau ke Kuching ni la boleh kira everyday speak Sarawak.Sebab kebanyakan semua bertutur dalam bahasa tersebut.No wonderlah bila sampai ke perkampungan nih Leaya agak kelam otak sikit  bila mereka bertutur dengan dialek yang leaya tak biasa dengar pun.Leaya nih bila dengar something yang pelik mula la nak ketawa..kikiki..sampaikan satu kejadian bila berkomunikasi dengan seorang pelajar di sekolah berkenaan…selalunya ada la kawan leaya yang tolong backupkan.tapi kali nih betul2 dah tak bley tolong dah hahaha…Entah apa yang di tanya kan oleh pelajar tersebut dari luar tingkap,rasanya sampi 10 kali leaya suruh dia ulang menggunakan bahasa Sarawak biasa dan akhirnya leaya suruh guna bahasa Malaysia je.Pun leaya tak boleh tangkap.Pasal pa tak buleh tangkap BM dia pun pekat dalam dia punya dialek...sampai budak tu fed up..sampai la dia cakap..

            ‘Cikgu urang seniy cikgu..nakpe cikgu x paham pe te saye..”…alahai budak..mane aku reti kalu ko becakap pekat gitu..hahha..kawan dia pulak cakap “Sikde cikgu tauk npa te kau ya..”..maafkan cikgu budak budak…kikiki…


             Ok..kampung nih dah di bahagikan ke kawasan2 perkampungan lain.oleh kerana kawasan dia agak besar so ada beberapa kampong lain la di kawasan tu.Tapi boleh di kelaskan sebagai kawasan kampung nelayan kerana berlatarbelakangkan laut..angin dari laut tu yang buta tak buleh tahan mata tuh…hehhe..abis jer program kat sekolah one of my friend decide untuk pergi somewhere..actually anywhere haha..So kawan leaya yang memang ank jati kampong tu pun dengan otak bingai dia pergi bawak kami to satu kawasan yang Leaya sendiri tak espect…ngeeeee…..besttttnyer tempat tuh….

                Mula-mula inagt dia p bawak tepi pantai p tinguk sunset jer kot…sekali da dia bawak masuk satu kawasan macam jalan hutan jer..Leaya dengan satu lagi member kerut kerut dahi dah..manalah budak nih nak bawak..seram jugak leaya..hutan kot..sunyi pulak tu..kawasan macam tak masuk orang pun.Makin dalam masuk makin sunyi and makin semak..aihhhh…biar betul budak nih…Dia yang drive dok cakap sabar…sabar…nanti ang tengok sendiri kawasan dia..tak lama pas tuh ada pulak bunyi air…air terjun ker..?dalam hati aku cakap tak mungkin pasal tengok landskap bumi dia landai dan tanah pulak pasir.Pengetahuan sains  geo aku tak ler cetek sangat…sekali dah sampai…...MassssssyaALLAH!Subhanaulah….leaya terpaku sekejap..rupa2nya jalan yang leaya ingat hutan tadi tu rupanya laluan macam cliff la kiranya…di depan mata kami terbentang lautan membiru..ada pulak tumbuhan ru dan bakau yang menjajar jadi benteng…sekali lagi leaya buat soalan bodoh dengan kawan leaya ni..
‘nih pantai ke macamne nih..kalau pantai mesti ada pasir halus2.tapi nih macam tanah tak jugak pasir tak jugak…dan ombak takdak men hempas2 pantai..aair dia pasang terus…kompius2.." So nih kot delta..yer ker....Lantak lah..

nih air dah pasang...kat siru la kita orang cari ambal..hahah..
best..hilang penat
           



               Hah!...keseronokan telah bermula.Kami turun jer dari kereta ....poooooooopppp!!!..angin bayu menyapa muka ..batu batu yang tersusun kat  tepi tepi tebingan pun menarik...tetiba rindu ngan kampung sendiri pulak...(sabar..kampung orang nih) hahaha...Kawan leaya pulak sengih sengih ..banggalah tu..orang puji tempat dia haha.tapi memang awesome la.Bayangkan kami penat 3 pat jari ulang alik Kuching Semarahan untuk  menjayakan program then we spend an evening untuk aktiviti yang tak di rancang ni di tempat yang sangat awesome...hilang kejap penat.





                Ingat sampai situ je la tadi kan,rupe2 nya dalam hamparan pasir delta tu tersembunyi sesuatu yang aku sangat suka..we call it Ambal.summm.... la...sepanjang umur tak pernah pun tahu benda tu kat situ and cara nak dapatkannya.Patut la kawan leaya sorang tuh cepat jer dia turun then capai pe tah cam kayu and sedikit  ithink kapur sireh kot yang pencari pencari ambal tinggalkan.Dia p la cucuk cucuk tanah.Yang kami dua member lagi ikut gak cam vengong..hahaha..tak tahu ape benda yang dia dok buat...rupa rupanya dia p cari menatang ambal tu tadi la.....hahaha..Nak cari benda lah nih kena ada skill gak la.bukan main cucuk jer macam yang leaya buat hhahaha...kawan leaya cakap lubangnya macam bentuk number 8..tah pe bentuk pun leaya tak tahu men cucuk je la..tapi sebelum cucuk tu kena la taruk kapur sireh tu sikit kat hujug kayu.kayu tu pulak kena lah yang runcing sikit...kapir untuk pesihkan mata ambal then dia akan keluar la dari pasir tu heheh...Tapi,feel jugak carik menda nih..cuma sakit belakang la..pasal kena membongkok...ada pantang larang yang kena kita jaga jugak..contohnya jangan asyik mengekek macam leaya hahahah...
bih ler jer yang kami dapat...hahha..ambal and siput tuh kawan aku kutip..
          At lasst,perjalanan itu pasti akanmembawa pengalaman...tapi secara peribadi leaya sangat suka tempat ini kerana keindahan alam dan pengalaman dengan budak budak sekolah tu memang melekat kat jiwa lah..dan haku hutang ang reno..ambal aku mana??....TERBAIK!!

#......................okeeeeeeeeeeessss...ni antara yang sempat aku kapsyen....banyak  picture need to be edit pasal ambik guna camcoder hahaha
cantik wei....

aleaya and frend nuel...

shoot dari bawah...edit jugak pasal pic sangat2 blur..bila edit cam komik gak hehhe


hoyeeehh...edit gak...dan kempiskan ape yang patut wakakaka
betul-betul dia posing kan hehehe...




hah! ni dia kawan aku reno...sory aku dah edit kakakkaka... 

Rabu, 10 Julai 2013

Ramadhan...di kampung dan kota raya...

Selanat berpuasa semua..

Ah lan wa sahlan Ya Ramadhan…
Ramadhan datang lagi,
Bagaimana lengkapkan nilai diri?
Ramadhan bulan suci,
Bagaimana tertipkah akhlak diri?
Ramadhan penyuluh kehidupan,
Bagaimana sudikah tinggalkan zaman kelam?
Ramadhan pahala dan peluang,
Bagaimana rebut atau hilang?
Ramadhan sejuta kerahmatan,
Bagaimanan sudi membuka ruang?
Ramadhan..Ramadhan….
Hati ini rindu yang istimewa,

Rebut indahnya Ramadhan..jangan hanya beroleh lapar dan dahaga sahaja...
Hati ini merasa getar yang berbeza,
Hati ini luruh mengenang munafiknya jiwa,
Allahu…Allahu……
Ramadhan…Ramadhan…

Lingkungkan kami dalam rahmatmu,pelihara kami dari jerat nafsu dan amarah,bawalah kami dalam nikmat Ramadhan….Amin…



Assalamualaikum...Ramadhan datang lagi...ini Ramadhan kedua yang aleaya lalui di tempat orang.Riindunya dengan Ramadhan di kampung sangat menyengat jiwa...Ramadahan di kota besar seperti ini semua bermula dengan wang..penuh dengan pilihan.Aleaya ambil cabaran ini dengan mengajar jiwa agar lebih matang dan dewasa.Ramadhan di kampung tidak punya bazaar yang bersepah kiri dan kanan...HANYA pondok kecil yang tidak lebih dari 3 jari ..juadah pula lebih banyak untuk tujuan sedekah kesurau dan sanak saudara.Juadah utama bukan datang dari Bazaar tapi dari air tangan Bunda dan sanak saudara.Tidak terbuang begitu sahaja kerana di nikmati penuh kesyukuran buka hawa nafsu.Malamnya di kotaraya manusia berpusu pusu ke medan selera mengabaikan laungan bilal mengajak mengagungkan Allah maka tinggallah sang tua beritiktikaf sendiri di rumah Allah dan yang muda lebih banyak mendahulukan perut dari Syurga..Ramadhan di kampung menghangatkan rumah Allah yang seminggu awal telah di kemas serapi mungkin oleh seisi kampung..tanda jiwa tidak sabar menantikan bulan berkah.Saf tarawih perlu dipenuhkan jika tidak mahu menerima tazkirah percuma dari imam surau.Disini lah orang kampung berlebih dalam soal sedekah...menu yang teristemewa itulah yang bakal di sorong ke surau bukan baki dari bazaar Ramadhan yang tak terluak oleh perut.."Pesan Bonda,yang terbaik itu perlu di sedekah...bukan saki baki...kerana itu rezeki dari Allah maka wajib kamu kongsikan."....di kotaraya manusia bakal memilih rumah Allah yang bacaan imamnya paling lagu dan rakaatnya paling sedikit.Mungkin urusan dunia belum selesai...inilah istemewanya kampung,bilangan rakaat tarawih tidak jadi perbahasan...Redha dan pahala itu lebih utama.Sikit kita buat sungguh sungguh apalagi banyak..seusai Tarawih kanak kanak dan remaja perlu duduk sebulatan dengan yang berusia.Kenapa?...kalam ALLAH 30 JZUK itu wajib di lantunkan seorang demi seorang..kecut perut jika tadwid bertaburan dan lagu kelaut...jika di kota mata sering melirik jam yang hampir ke pukul 9 malam kerana slot drama Tv3 telah mula..tapi di kampung 11.30 malam  baru menutup lembaran juzuk baru kerana tak semua terbekal janakuasa electric percuma..dan malam nya di sambung dengan menghabiskan juzuk baru sendiri di rumah..sama sama mengharungi kelam malam sambil berpegang tangan kerana takutkan gelap.Bila di takut-takutkan mulalah bertempiran lari ke rumah masing masing seperti tak cukup tanah..Ya Allah...rindunya Ramadhan..Biarlah berbeza tapi didiklah jiwa agar tidak terlepas kita rahmatnya..Amin..



Isnin, 8 Julai 2013

Indahnya Menjadi Ibu…


Assalamualaikum...
Allah menjanjikan kebahagian untuk semua umatNya.Malah Allah telah menyediakan jalan yang terbaik untuk umatNya.Pilihlah..pilihlah..Saat mnjadi ibu bagai rahmat yang tidak terkata.Mulakan ,jalani dan teruskan ia dengan jalan yang Allah saranankan...kerana tak semua mungkin boleh menjadi ibu...Pilihlah..pilihlah..
sewaktu kecil kita guna lima jari untuk teguh menggenggam satu jari,namun bila dewasa satu jari itu perlu lembut untuk mengusap lima jemari...



    Indahnya kehadiran Manusia..



PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN




  •     PERINGKAT SATU


NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya   bermula    setelah berlakunya percampuran air mani

Maksud firman Allah :

       " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
surah al-Insan : 2


       Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran. Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan. Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

       


  • PERINGKAT KEDUA

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah yang bermaksud :

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"

     al-Mukminun : 14

    Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :sesuatu yang bergantung atau melekat pacat atau lintahsuatu buku atau ketulan darah.Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga didalam alam rahim.




  •  PERINGKAT KETIGA

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

     al-Mukminun : 14



      Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.




  •  PERINGKAT KEEMPAT

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

al-Mukminun : 14



    Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.Janin pada usia 12 minggu




  • PERINGKAT KELIMA

NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.Janin mendapat makanan melalui uri




  •  PERINGKAT KE ENAM

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t.
umpama kain putih..



                         "Siapa dan bagaimana pun kehadiran kita ke dunia Allah pinjamkan ini tidak penting.Tapi Amanah dan suruhan yang telah terpatri semenjak nyawa di hembuskan ke tubuh itu lebih utama.Sah atau tidak taraf kita di dunia sudah menjadi takdir yang tak mungkin kita mampu atur sendiri jika bukan dengan kehendak ilahi.Jangan bongkak menunding jari mencari salah antara silap diri.Jangan pula menjadikan kesilapan lalu sebagai titik penamat dalam usaha perbaiki diri.Tidak ada manusia selain Kekasih Allah yang tidak punya masa silam yang kelam dan salah yang timbul tenggelam.Dan,jangan sesekali kau halalkan kesalahan itu kerana ia akan kekal menjadi kesalahan selagi tidak kau ubat dengan taubat.Melangkahlah kedepan dengan jalan yang Allah ciptakan dengan cukup indah.Jangan di toreh luka dan kenangan yang lama.Tersalut lumpur hidup tak bererti kau perlu melekat dengan baunya sekali.Kerana sejuknya wudhuk yang mengalir sudah cukup untuk meraih redha Allah….Allahu…Allahu…sesungguhnya pengalaman itu pengajaran"

siapa pun mereka..mereka tidak berdosa..yang terpalit lumpur hidup adalah kita,jangan baunya melekat juga pada dia..


Sabtu, 6 Julai 2013

Inilah pertama dan terakhir kalinya...

“Ya Allah…Allah…Allah…..sakit…sakit…sakit”…..HAH!
Tulah kalimat yang keluar dari mulut Aleaya…kenapa?tu la adegan masa pegi buat sunbang telinga…kikiki…Tapi summm laa….sakit wei…wargghhh..tu la rasanya first dan last leaya buat hahahah….
“ala macam kene jentik…”
“ala macm kena gigit semut jer…”
Ala macam kena kejut jer…”
Paling DASYAT …
“ala…tak dak rasa pun”
Nih Leaya nak jawap apa rasa dia sebenarnya..
“Ni bukan kena jentik..dah rasa kena sepak dah”
“Ni bukan semut yang gigit dah nih..si semut api nih..”
‘Ni bukan kena kejut dah nih,nih dan kena renjatan dah”

Kalu dak dak rasa tu hilang deria lah telinga aku nih hhahaha…
Sebelum nih dari kecil memang leaya penakut banyak nak buat lubang subang kat telinga nih.takut sangat2.Tapi tah camne tetiba ada keberanian membuak2 sahingga la pi kedai buat lubang tuh….ngeeee….sakittttt!....tu la pasal kot orang tua2 cakap elok buat masa kecil..ko tak rasa sangat…Eh,aku kalu ada budak perempuan bio tak cantik tak ah aku kasi dia buat lubang telinga ..hahaha..

Berbalik cerita tadi,aku dan 2 kawan aku nih pi la pasar yang ada service ear piercing nih..pi la masuk satu plaza terkemuka kat tanah tumpah darah ku nih…tanya2 bapa dia punya service..pluppp!RM18…haiya…normal salu rm 10 jer wei….slumber jer aku cakap aku takut taknak ah buat dan blah tanpa banyak bicara hahahhahaha…padan muka kau!nak cekik darah sangat..kalu RM18 tu tak sakit tak pe gak..sama gak sakitnya..Terus ler kami dan kengkawan tadi p satu shop yang kawan Leaya suggest sebelum tu.lagi pun ynag buat tu perempuan dan kawasan dia lebih tertutup….tak la Nampak sangat sebab kene selak tudung kan..apa pun kena jaga ..peace!
ni ler kira mesin untuk buat subang tuh..
Tak jauh pun dari temapt yang mahal dabak tu…pilih punya pilih earing mana nak di pakai…biasa yang normal la yang kecil dan runcing kadang2 ada kaler biru,ijau,merah,hitam….etc..yang tinggal kaler pink,hijau dan biru…kawan Leaya yang sorang tu pun tergerak nak buat..tapi dia budak laki…non muslim ..aikkk…Bia la dia…kita ada cara kita kan..hehhehe..PEACE! so,dia buat atas sikit dari tempat biasa lubang subang kita buat.Leaya Tanya la pasal pa nak tambah lagi kan dah ada dah…dia cakap yang ada kat telinga dia tuh bukan lubang yang di tebuk tapi yang tertebuk!waakakkaka….buleh?yer…pasal dari dulu dia pakai magnet punya..kot2 lama and benda tu sharp tu yang jadi lubang terus…..cenggitu la cerita dia..Lepas turn aku pulak….dup dap..dup dap pulak jantung aku….!amoi cina tu p spray la area yabg nak di tebuk..bagi pelali sikit and sejuk je rasa.eh,sebelum tuh dia pi tanda la mana area yang nak di tembak hhahahha..macam nak perang..oleh kerana aku pakai tudeng kena selak sikit la..tapi kawan laki aku sorang tu aku dah warning awal suh chow kikiki…Peace!..tanda punya tanda….asyik tanda padam tanda padam….pasal kawan aku cakap terlalu kedalam,amoi tu pulak cakap telinga dia macam ni itu la tidak boleh luar sangat…Aku pulak..?ternganga2 jer tungu masa kena tebuk….dalam hati lama jugak la budak dorang nih p tanda hahha…
Tetiba jak poooop!dia da masukkan subang dengan alat dia tu..masa tuh la aaku rasa makkkkkaiiiih…sakittttt!nak jer aku buat sebelah jer..tapi pengsang pulak mak aku nanti tinguk sedap2 anak dia nih pakai tuudung tinguk sebelah jer subangnya hahahha…aku kuat kan ati,turn sebbelah lagi.nih lagi masalah dia..dia nak bagi balance dengan subang sebelah..lagi dia nak tanda dan agrue ngan kawan aku..aku pulak dah tahan jer sakit nyer hahahha..poooooppp!ini lagi sedap rasa dia…ngeeee…ada gak rasa ngesal…hahha….kawan2 aku buleh clap hand pulak..aku bagai nak nagessss….hahaha…

Abih jer prosess tuh terus aku bayar Rm10 jer,jimat rm 8 kan hiihih..sempat gak jalan2..tapi telinga tuh rasa gak denyut2 dia..sampai waktu asar nak solat tuh…masa ambik wuduk pooop..tersentuh dengan kasarnya tepat kejadian..ngeeeee…sakitttt!!!..nak lerai gak air mate aku weh…so aku hairan gak nape telinga aku macam kena taruk penyeit kain jak rasanya..mcam kena cubit..So,aku minta kawan aku sorang tu perempuan untuk longgarkan sikit clip subang tuh….baru la selesa sikit..
Dan Leaya terpikir hikmahnya kenapa Islam anjurkan satu lubang jer untuk subang tug,bukan bayank2 macam orang sekarang buat(tuh kira tindik)...sebab mungkin bagi yang tak tahan sakit macam aku nih nih ler gayaner hehhe...satu lagi,lebih cantik dan kemas kalau di buat satu..san ikut saians kawasan cuping telinga paling bawah tu la paling sesuai untuk buat subang..kerana isi nya lebih cepat membaik dan tebal..kalu yempat lain mungkin berisiko untuk kena jangkitan kot hehehe....ape pon INILAH pertama dan terakhir kalinya..hehhe..